Sunday, 22 June 2025
Saturday, 31 May 2025
POSTER HALL OF CHAMPS 1.9
HALL OF CHAMPIONS
KARYAZ CHAMPIONS WAR 4
Semakin ramai Juara yang bakal berentap di Karyaz Champions War 4 nanti,
merebut hadiah RM1200 tajaan
The Moonstruck Crew untuk musim kali ini.
Jom join Live Scrim Karyaz , jadi Juara dan sertai
Karyaz Champions War 4 ,
Main Event pada 21 Jun ~ 22 Jun 2025.
Gaskun Champs!

Thursday, 15 May 2025
Karyaz Champions War 4 Official Poster
Bagi yang ingin sertai perang ini,Layakkan pasukan anda untuk menjadi Juara dalam Scrim yang Karyaz sediakan.Info scrim harian di sini, Follow Channel WhatsApp Karyaz Official.
Monday, 24 March 2025
005 WWCD
Pelancaran Design 005 - WWCD untuk kaki PUBG .. pemburu ciken dinner boleh sarung baju ni walaupun selalu too soon.haha..Tapi perjuangan untuk ciken tu mahal.Cia!!
Design 005 di lancarkan pada 23 Mac 2023 , sempena tak lama payday kan .. dengan harga jualan RM28 , berikut adalah harga promosi yang di harap anda tidak akan terlepas gaisek!
Promo Pelancaran + Promo Payday + Pre Order !
hanya RM19
25 mac 2025 ~ 7 April 2025 Sahaja
pengeposan pada 10 April 2025
Grab promo ini , klik 005 Promo19
hanya RM22
8 April 2025 ~ 17 April 2025 Sahaja
pengeposan pada 20April 2025
Grab promo ini , klik 005 Promo22
hanya RM25
18 April 2025 ~ 27 April 2025 Sahaja
pengeposan pada 30 April 2025
Grab promo ini , klik 005 Promo25
RM28
bermula 28 April 2025 , harga design 005 akan di jual denga harga jualan asal.
klik WhatsApp order 005
Friday, 21 March 2025
PUBG01 TARIKH RASMI GRANDFINAL CHAMPIONS WAR 4
Tarikh Pertama GrandFinal Champions War 4 yang di jadualkan pada Disember 2024 di tunda atas sebab tertentu antaranya kekurangan platform mencari Juara,pelancaran Ultimate Royal,kekurangan kerjasama dengan beberapa pihak lain,dan beberapa lagi sebab yang lain,. dan kini,
Karyaz telah menetapkan tarikh baru iaitu 22 Jun 2025 sebagai tarikh GRANDFINAL Karyaz CHAMPIONS WAR musim ke 4,dan sehari sebelumnya sebagai peringkat kumpulan pada 21 Jun 2025 , dua hari ini ( peringkat Kumpulan dan Peringkat Grandfinal) adalah sebagai Main Event Karyaz Champions War 4.
Secara ringkas : Kumpul jemputan Top1 @ Champion dari Scrim@Tournament bermula 22 Mac 2025 > bahagi kepada beberapa kumpulan > Bermain di peringkat kumpulan 21 Jun 2025 > Grandfinal 22 Jun 2025
Pemburuan Top 1 bermula pada 22 Mac 2025 dan akan di jemput menyertai Champions War 4 , Prizepool RM1200 tajaan The Moonstruck Crew ,Jutaan Terima kasih penaja utama kita !.. Setelah beberapa musim Karyaz Champion War berlalu , Musim ke 4 inilah dengan Jumlah PrizePool Tertinggi dari penaja utama , terima kasih sekali lagi atas kepercayaan.
Bagaimana untuk sertai?
Hanya Top 1 Jemputan Karyaz sahaja..
Top 1 dari scrim/tour mana yang layak menerima jemputan?
Ada beberapa platform Top 1 yang mendapat kelayakan jemputan..
- team yang dapat WWCD di Ultimate Royal, hantar id PUBGM untuk pengesahan melalui history statistik
- Top 1 dalam Training Scrim yang di sedikan oleh Karyaz , boleh Follow channel WhatsApp Karyaz untuk info scrim harian
- Top 1 dalam Tournament yang di sedikan oleh kolaborasi Karyaz dengan Host Tournament , boleh Follow channel WhatsApp Karyaz untuk info Tournament harian
- Top 1 dalam Clan War/Community Scrim/Family War atau mana-mana scrim atau Tournament yang mengambil Karyaz sebagai Caster / Platform Siaran langsung..Boleh WhatsApp Karyaz untuk dapatkan perkhidmatan Caster Karyaz.
Berapa yuran penyertaan jika mendapat jemputan?
Top 1 yang layak akan menerima jemputan dengan beberapa syarat dalam jemputan.
Antara syarat nya adalah yuran pengurusan RM5 di kenakan sebagai kuncian Slot , cas pengurusan , komitmen slot , juga sebagai mengelak dari pasukan yang tidak serious .
Berapa jumlah team Top 1 akan di jemput?
-Minimum 16 pasukan , jika hanya 16 pasukan sahaja yang menyahut atau menerima jemputan Champions War 4 ini, acara akan terus di bawa ke hari Grandfinal tanpa melalui peringkat kumpulan.
-Maximum 16 kumpulan ( Kumpulan A sehingga P ) di mana setiap kumpulan ada 16 pasukan top 1 yang menyahut jemputan perang di Champions War 4. Top 1 setiap kumpulan akan di bawa ke Grandfinal.
-Jika hanya ada 6 Kumpulan Contohnya Kumpulan A sehingga F , hanya 3 pasukan teratas setiap kumpulan di bawa ke Grandfinal(18 pasukan)..
*Hak penentuan ke Final sepenuhnya di tangan penganjur, Karyaz..sama ada 16 atau 18 pasukan yang layak ke Final ikut kepada berapa kumpulan yang berentap di peringkat kumpulan.
Kenapa perlu Top 1 sahaja?
Dah namanya Champions War .. nak top two buat Top2 War la..hmm..jangan serius naa~
Selaku penganjur , Karyaz berminat untuk menyaksikan gameplay dari pasukan2 yang memang ada jiwa Juara untuk berentap sesama mereka.. Tidak ada pasukan yang hanya "cuba-cuba join" dalam event ini dengan syarat hanya Top 1 @ Champion sahaja yang layak..
Cari Scrim,info pubgm dari karyaz? Follow Channel Karyaz klik Channel Karyaz
Perlukan caster Pubgm Karyaz klik Caster Karyaz
Wednesday, 26 February 2025
003 RADU
Thursday, 20 February 2025
002 SABAH RHINOS
Design 002 bertemakan Sabah Rhinos..Auto Bangga dapat pakai design Badak Borneo ni di bawa jalan-jalan di Imago ka,Cp ka,mana-mana la,saaaaana Ranau pun buli.
kod design : 002B
001 ISLAMIK
Percuma Shemagh@Military scarf untuk setiap helaian baju
terhad kurang daripada 100pcs pertama !
Saturday, 6 May 2023
LCS Pro League Championship Premium Day 1
Selesai hari pertama Liga LPLC semalam di mana Pahlawan Ultra XI berada di kedudukan Teratas dengan 63 mata, 7 mata meninggalkan Apex Esport yang berada di kedudukan ke-2..di ikuti lagi dengan pasukan Hangloose Bacot yang mengumpul 48 mata keseluruhan berada di kedudukan ke-3..
Malam ini Premium Day 2, adakah akan ada perubahan drastik? Adakah semalam hanya Warming Up bagi beberapa pasukan? Bakal saksikan perlawanan yang lebih sengit?
Jumpa malam ini, bersiaran langsung di Page Facebook KARYAZ
Support organizer LPLC di insta LCS PRO LEAGUE CHAMPIONSHIP
Tuesday, 2 May 2023
CLAN WAR 3 PENJURU by MAPUN ESPORT
Saksikan pertempuran antara 3 Clan , secara langsung malam ini. 2 Mei 2023.. 8.50pm.. Live di facebook KARYAZ
Monday, 27 March 2023
Wednesday, 22 March 2023
KEPUTUSAN PENUH - FINAL SCRIM LEAGUE KARYAZxSKYPEIA 2.0
KZE OVERPOWER menunjukkan betul-betul OVERPOWER setelah merangkul gelaran Champion dalam FINAL SCRIM LIGA KARYAZxSKYPEIA 2.0 kali ini..Pasukan yang juga telah membuka tirai Final dengan WWCD pada Pusingan Pertama hanya dengan menurunkan TRIO !! Tahniah KZE OVERPOWER !!
Tahniah juga AMD yang berada di TOP 2 dan H10K di kedudukan ke 3 dalam Final kali ini.
Kepada pasukan-pasukan lain, harap ada kenangan atau pengalaman yang di temui dalam penyertaan liga ini. Semoga terus berjaya di hadapan.
Dengan keputusan pusingan akhir maka Karyaz menutup tirai liga Scrim KARYAZxSKYPEIA 2.0 ,harap kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang.
Karyaz mengajak semua untuk Subscribe Channel Telegram Karyaz , Klik Channel Telegram Karyaz untuk dapatkan info-info Scrim,Tour atau apa sahaja update official daripada Karyaz.
Salam Maju Pubgm !
TIE BREAKER !! pasukan yang berada di kedudukan ke 3 dan ke 4 mempunyai total poin yang sama,dari segi kill poin,placement poin dan wwcd poin.. setelah pengiraan pertama ,isu ini tidak di sedari sehinggalah ada aduan mengenainya.
Admin bertanggungjawap untuk memeriksa dan akhirnya keputusan pertama terpaksa di tukar kepada keputusan baru seperti dalam gambar terbaru di bawah.(terkini)
Melalui rule tie breaker pubgm , H10K berhak mendapat tempat ke-3 kerana telah mendapat WWCD di akhir map di mana ini yang membuatkan H10K telah memenangi piawaian untuk berada di atas HOKY FT KZE..
Pertempuran sengit ini membawa kita ke isu Tie Breaker ! memang padu kedua-dua pasukan.
Admin meminta maaf jika ada kekurangan.
www.karyaz.com
Tuesday, 21 March 2023
KEPUTUSAN PENUH KARYAZ CHAMPIONS WAR 3 !!
Selesai KARYAZ CHAMPIONS WAR 3 !! Tahniah WYVERN GUARDIAN yang telah berjaya mendapat tempat Pertama. Pasukan ini membuktikan "No Ciken , No Problem" !! Menggila dengan mata Singkir yang tertinggi daripada semua pasukan yang bermain dalam war kali ini.
Perbezaan mata yang tidak jauh antara Top 1, Wyvern Guardian dengan Top 2 ( Beyz 777) dan Top 3 ( Jagoan Awak Esport ) menunjukkan permainan yang sengit untuk ketiga-tiga pasukan.
Semoga berjumpa lagi dalam Karyaz Champions War 4 yang akan datang!
www.karyaz.com
KEPUTUSAN PENUH KUMPULAN C & D SCRIM LIGA KARYAZxSKYPEIA 2.0
4 PASUKAN dari setiap kumpulan ( C dan D ) berjaya ke Final Scrim Liga 2.0 !!
Semoga berjaya dalam final 22HB Mac 2023 ..Kepada team yang tidak berjaya ke final, semoga ada pengalaman yg di peroleh dari liga ini.
22 MAC akan berlangsung FINAL bersama LIVE di facebook > KARYAZ di mana Round 1 bermula sedikit lewat bagi memuliakan waktu Terawih pertama dalam bulan Ramadhan Tahun ini..
Semoga semua berjalan lancar , dan untuk semua akan berpuasa esok , Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia.
Jumpa malam ini.
Monday, 20 March 2023
KEPUTUSAN PENUH KUMPULAN A & B LIGA KARYAZxSKYPEIA 2.0
4 PASUKAN dari setiap kumpulan ( A dan B ) berjaya ke Final Scrim Liga 2.0 !!
Semoga berjaya dalam final 22HB Mac 2023 ..
Kepada team yang tidak berjaya ke final, semoga ada pengalaman yg peroleh dari liga ini.
21 MAC akan berlangsung untuk kumpulan C dan D !
Sunday, 19 March 2023
2.0 Kini datang!! SCRIM LIGA KARYAZxSKYPEIA 2.0!!
Setelah selesai Scrim LIGA 1.0 <klik , kini masuk SCRIM LIGA KARYAZxSKYPEIA 2.0 !!
siapakah Top 3 yang akan merebut RM250 daripada penaja?
pada Liga 1.0 lepas,3 group sahaja A,B,C di buka dan itu tidak dapat menampung permintaan tinggi liga ini. Jadi kali ini , kami membuka 4 Grup , A B C D .. karyaz ingin membuka lebih banyak peluang kepada Team-team yang ingin bersaing. Tetapi jumlah pusingan di kurangkan daripada 10 pusingan di Liga 1.0 ke 5 pusingan sahaja setiap Group, Jadi buat sehabis baik !!
4 group akan di bahagi kepada 2 hari.
20HB MAC - Group A dan Group B akan bermain
21HB MAC - Group C dan Group D akan bermain
22HB MAC - FINAL ( TOP 4 setiap Group A B C D ) ada LIVE di FACEBOOK KARYAZ
apa pun,penganjur berhak menambahkan atau mengurangkan kuota dan kelayakan mengikut permintaan..
dengan hanya yuran pengurusan RM5 perslot , anda boleh sertai liga 2.0 ini sekaligus menjadi platform serious training untuk pasukan anda.
WhatpsApp sekarang gaiss ek untuk lock slot anda! klik wasap.my/+01282892345 karyaz atau karyaz.wasap.my
Thursday, 16 March 2023
KEPUTUSAN PENUH - FINAL SCRIM LEAGUE KARYAZxSKYPEIA 1.0
GUSTWEAK!!! Top 1 untuk GROUP A dalam peringkat kelayakan Sekali LAGI menjadi JUARA dalam Peringkat Akhir Scrim Liga KARYAZxSKYPEIA 1.0 !!Tahniah GUSTWEAK berjaya memenangi RM140 daripada Penaja kita,Skypeia Esport sebagai Juara dengan sekaligus menjadi pasukan yang satu-satunya mendapat 2x WWCD dalam Final Scrim liga ini.
Di tangga keDua Final, TOP 1 untuk GROUP B menggila dengan beberapa situasi mampu memenangi beberapa pertempuran walaupun kekurangan man-power berhadapan dengan pihak lawan. Tahniah H8 Mega!!
Penaja kita tidak ketinggalan berada di podium TOP 3 , SKYPEIA ICARUS berjaya berada di kedudukan yang 3 ! Mendapat WWCD amatlah sukar dalam final kali ini tapi Skypeia Icarus memastikan mereka antara pasukan terbaik mendapat 1 Ciken Dinner dalam poket pasukan mereka.Syabas!!
Tahniah juga kepada semua yang bermain dalam liga kali ini.Maaf jika ada sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang scrim liga ini berlangsung.
Ingin bertempur dalam Scrim Liga KaryazxSkypeia 2.0 ? whatsapp sekarang , klik Whatsapp Karyaz
POSTER FINAL SCRIM LIGA KARYAZxSKYPEIA
18 Pasukan bertempur dalam merebut gelaran Juara dalam Final Scrim Liga KARYAZxSKYPEIA ..
SELAMAT BERTEMPUR PEJUANG-PEJUANG FINAL!!






























.jpg)
